Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini gagal dalam permohonan semakan kehakimannya untuk memaksa polis dan ketua polis negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menangkap ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low .
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hanipah Farikullah hari ini enggan memberi kebenaran kepada Azmin untuk merit kes itu untuk dibicarakan.
Beliau memutuskan bahawa tidak ada hujah untuk membenarkan permohonan itu dan tidak ada bukti yang Jho Low melakukan sebarang kesalahan di Malaysia.
Hakim membuat keputusan itu di kamarnya dan tidak menyebut mengenai kos.
Azmin yang hadir semasa permohonannya itu berkata, keputusan prosiding berkenaan sebagai sukar dipercayai.
"Kita dapati wakil pejabat peguam negara membela Jho Low, sedangkan dia dikehendaki di tempat lain (mengikut saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat).
"Di sini pihak berkuasa tidak mahu melakukan apa-apa terhadap Jho Low," katanya dengan kesal.
Menurut menteri besar Selangor itu, peguamnya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.
Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke dan Natrah Idris mewakili IGP dan polis.