Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Rakyat perhati kamu juga, kata Kit Siang pada bos SPRM
Diterbitkan:  Sep 29, 2017 11:28 AM
Dikemaskini: 5:46 AM

Pemimpin DAP Lim Kit Siang membidas Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad dengan menyatakan semua mata turut memerhatikan suruhanjaya itu dan sama ada beliau dapat memimpin badan antirasuah yang bersih.

Lim berkata, orang ramai khususnya sedang menilai pendirian Dzulkifli mengenai skandal 1MDB.

"Dzulkifli harus menyedari bahawa jika dia bertindak seperti monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan mulut tetapi tidak berbicara mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi anti-rasuah kleptokratik pertama di dunia," kata Lim dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bos SPRM itu semalam yang mengatakan rakyat akan menghakimi komitmen serta kesungguhan pembangkang membasmi rasuah dan salah guna kuasa.

Lim berkata beliau telah meletakkan dirinya untuk dihakimi oleh rakyat ketika menyertai politik sejak 52 tahun lalu.

SPRM adalah salah satu daripada beberapa agensi yang meneliti skandal 1MDB.

Penelitiannya antara lain berhubung isu derma sebanyak RM2.6 bilion serta dakwaan dana daripada anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd yang telah dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah menutup kes tersebut dengan mengatakan wang itu berasal dari seorang kerabat diraja Arab Saudi dan Najib tidak melakukan sebarang kesalahan.

Lim dan pemimpin pembangkang lain bagaimanapun, menolak alasan itu dengan mengatakan Jabatan Keadilan (DOJ) AS mendakwa sumbangan itu sebenarnya daripada dana 1MDB yang disalahgunakan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS