Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Lepas arak, pesta gay pula di KL
Diterbitkan:  Sep 20, 2017 1:35 PM
Dikemaskini: 12:50 PM

Selepas kontroversi pesta arak, sebuah acara gay dikatakan akan diadakan di negara ini pada 30 September depan di Kuala Lumpur.

Menurut poster rasmi acara di media sosial, ia dianjurkan sebagai "pemanas badan" menjelang White Party Bangkok selama tiga hari bermula 28 Disember, di Bangkok.

Acara tarian dan nyanyian itu akan melibatkan DJ Danny Dee daripada Thailand dan DJ tempatan Diego Garcia.

Ia diiklankan sebagai "edisi ekstrem".

Poster acara juga memuat naik gambar dua lelaki seksi berdakapan. Seorang daripadanya menarik sedikit seluar dalamnya.

Maklumat lanjut tidak dapat diperoleh di laman White Party Bangkok kerana pautan diberikan tidak dapat dibuka pada masa ini.

White Party Bangkok mendakwa acaranya sebagai festival gay tahunan terbesar di Asia, yang berlangsung di ibu negara Thailand menjelang tahun baru.

Ia dihadiri ribuan lelaki yang kebanyakan mereka berpakaian seksi, tidak berbaju dan berseluar dalam sahaja.

Maklumat lanjut tidak ditemui di laman web dan Facebook penganjur di Malaysia. 

Pemilik premis yang dikaitkan tempat acara itu akan berlangsung menafikan acara tersebut akan berlangsung.

Bagaimanapun sebuah laman acara berkata pengunjung dikenakan bayaran RM45 dengan minuman percuma.

Ia dibuka untuk golongan 21 tahun ke atas dan “aktiviti haram tidak akan ditolak ansur”.

Ismaweb, laman rasmi NGO Melayu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) , yang pertama kali mendedahkan acara itu berkata mereka difahamkan penganjur menjemput golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dari seluruh negara.

Di Facebook White Party Bangkok, umat Islam negara ini mula menunjukkan rasa tidak senang mereka berkaitan penganjuran acara itu.

“Malaysia bukan negara gay. Sekian,” tulis Muhamad Fathi Abdu Ghani di Facebook.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS