Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rosmah, 1MDB mohon ketepikan saman berlian merah jambu

Peguam yang mewakili isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan 1MDB memohon untuk membatalkan saman oleh bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mahu kalung berlian merah jambu bernilai AS $ 23 juta dikembalikan.

Ini didedahkan ketika oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi A Pavani apabila perkara itu dibawa untuk pengurusan kes petang ini.

Peguam Syed Iskandar Syed Jaffar Al Mahdzar, yang mewakili Khairuddin, memberitahu Malaysiakini, beliau menerima permohonan Rosmah untuk membatalkan saman itu dan memohon penangguhan prosiding pada 12 September.

Sementara permohonan daripada 1MDB diterima hari ini.

"Pemfailan permohonan untuk membatalkan tuntutan adalah bertentangan dengan peraturan mahkamah yang lazimnya memerlukan ia difailkan dalam masa 14 hari," katanya.

Peguam itu berkata, bahawa alasan yang diberikan dalam permohonan itu adalah tidak kukuh.

Pada masa yang sama, Syed Iskandar berkata Pavani membenarkan permohonan anak guamnya untuk menyerahkan saman kepada tokoh perniagaan melalui cara lain selepas tiga percubaan tidak berjaya.

Peguam itu berkata mereka pergi ke rumah Jho Low sebanyak tiga kali. Pada percubaan pertama, tiada seorang pun di rumah. Pada cubaan kedua, hanya terdapat dua pembantu rumah yang enggan menerima dokumen itu. Percubaan ketiga juga terbukti tidak berjaya.

"Berikutan ini, mahkamah membenarkan permohonan kami untuk saman itu diiklankan dalam satu akhbar berbahasa Inggeris dan satu lagi dalam akhbar Cina dan dokumen itu akan dipamerkan di mahkamah," katanya.

Khairuddin memfailkan saman itu pada 15 Ogos di mana beliau menamakan Rosmah, Jho Low, dan 1MDB sebagai defendan untuk mengembalikan berlian merah jambu bernilai AS$23 juta dan rantai AS$4.3 juta kepada 1MDB.

Khairuddin juga memohon perintah supaya Low membayar wang yang didakwa digelapkan, dicuri atau disalah guna dari 1MDB.

Rantai dan berlian itu menjadi perhatian selepas disebut dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebelum ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS