Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pengguna Twitter marah PM ‘bantu perkukuh ekonomi AS’
Diterbitkan:  Sep 13, 2017 1:58 PM
Dikemaskini: 9:06 AM

Kenyataan pembukaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perjumpaannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengundang bidasan dan memberangkan pengkritik di tanah air.

"Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan.

"Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS," katanya pada pertemuan itu di Rumah Putih, Washington DC hari ini.

Antara lain, Najib berkata Malaysia komited untuk membeli 25 Boeing 737 Max 10 dan lapan Boeing 787 Dreamliners.

“Ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.

"Jadi, dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga itu akan bernilai melebihi AS$10 bilion," katanya.

Najib juga mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur AS$3 hingga 4 bilion sebagai membantu "pembangunan semula infrastruktur di AS."

"Keduanya, kami memiliki KWSP, dana pencen utama di Malaysia.

“Mereka memiliki modal yang besar untuk dieksport, mereka melabur hampir AS$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan mereka berhasrat untuk melabur tambahan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana anda," katanya.

Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin pembangkang Malaysia membidas ikrar Najib itu di Twitter dan mencadangkan agar perdana menteri memberi tumpuan kepada ekonomi negara sendiri, bukannya membantu negara kuasa ekonomi itu.

Berikut adalah antara tweet itu:


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS