Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS berang pesta arak datang lagi
Diterbitkan:  Sep 11, 2017 1:54 PM
Dikemaskini: 5:55 AM

PAS menyatakan rasa berangnya terhadap penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadual di ibu negara pada 6 Oktober depan.

Anggota jawatankuasa pas Dr Riduan Nohd Nor kesal Malaysia dipilih sebagai lokasi pesta walaupun atas nama pelancongan dan untuk bukan Islam.

“Malaysia telah menjadi destinasi strategik untuk aktiviti bebas kepada masyarakat luar seperti tidak ada sekatan undang-undang dan peraturan,” katanya.

“Walaupun umat Islam bukan menjadi sasaran penyertaannya, tetapi tiada had atau halangan jika ada orang Islam yang menyertainya, sekali gus menggamit sesiapa sahaja untuk hadir termasuk orang Islam.”

Better Beer Festival adalah acara untuk merasai produk pengeluar bir bebas. Penganjuran masuk tahun keenam pada tahun ini.

Ia dianjurkan oleh pengedar bir MyBeer (M) Sdn Bhd.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS