ADS
mk-logo
Berita
PM jumpa kepimpinan baru Dewan Perniagaan Melayu
Diterbitkan:  Sep 7, 2017 1:55 PM
Dikemaskini: 5:57 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat bersama kepimpinan baharu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di Perdana Putra, di Putrajaya.

Mesyuarat yang berlangsung selama sejam itu antara lain membincangkan hala tuju DPMM di bawah kepimpinan baharu yang dilantik pada Mei lepas.

Perdana Menteri turut menyampaikan amanatnya kepada dewan perniagaan tersebut.

DPMM diwakili oleh Presidennya Rizal Faris Mohideen Abdul Kader, Timbalan Presiden Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee, Naib Presiden Datuk Fauzi Hassan dan Norsyahrin Hamidon, Setiausaha Agung Nizam Mahshar dan Bendahari Agung Syed Salim Syed Mohamed serta wakil kepimpinan dari setiap negeri.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS