Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Terima hadiah Umno, BN tapi undi HARAPAN'
Diterbitkan:  Aug 25, 2017 1:10 PM
Dikemaskini: 6:52 AM

Adalah okay untuk menerima wang atau barangan daripada pemimpin Umno-BN, tetapi semasa pilihan raya nanti, undi Pakatan Harapan sebaliknya.

Nasihat itu diberikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis pelancaran Pakatan Harapan di Kelantan hari ini.

“Ramai juga yang berasa takut. Tak apalah takut.

“Terima dulu hadiah-hadiah daripada kerajaan dan Umno tapi jangan undi Umno, BN. Undi Pakatan Harapan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran itu.

Beliau memberi contoh, penduduk di Langkawi datang berjumpa dengannya dan memberitahu mereka mahu menyokong gabungan parti pembangkang.

“Saya di Langkawi, ramai juga yang nak sokong tapi dia bisik kalau kami sokong sekarang, tak dapat hadiah. Dia nak bagi hadiah.

“Apa dia hadiah? Rumah sebiji, kereta... macam-macam dia nak bagi. Tak apalah kami terima ni dululah. Tapi kami tak akan sokong,” katanya.

Selain itu, kata Dr Mahathir, tidak salah untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tanpa perlu mengundi kerajaan BN.

“Kalau dia nak bagi, kita ambil. Kalau dia suruh angguk, kita angguk, tapi bila sampai pilhanr aya kita tak undi BN.

“Tetapi dia cuba juga menakutkan kita. Kononnya dia tahu siapa kita undi. Dia tak tahu, bohong.

“Kalau tak percaya tanya (Tan Sri Abdul) Rashid (Abdul Rahman). Dia yang dulu pengerusi SPR. Dia kata kerajaan tidak mungkin tahu siapa undi siapa. Tak ada cara mereka dapat maklumat,” kata Dr Mahathir.

Abdul Rashid yang hadir sama pada majlis itu adalah naib pengerusi Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU).

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS