GLOBAL l 10 anak kapal dilaporkan hilang setelah kapal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) di perairan Singapura hari ini.
Menurut AFP, dalam kejadian awal pagi ini, kapal pemusnah peluru berpandu USS John S McCain berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC di selatan Singapura berhampiran Selat Melaka.
Memetik Tentera Laut AS, ia melaporkan operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.
"Laporan awal menunjukkan John S McCain turut mengalami kerosakan. Pada masa ini 10 orang anak kapal hilang, manakala lima lagi cedera.
“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan, manakala siasat berhubung insiden itu sedang dilaksanakan,” petik kenyataan media tentera itu.
Kemalangan itu berlaku pada pukul 5.24 pagi waktu tempatan ketika kapal terbabit dalam perjalanan ke pelabuhan untuk pemeriksaan rutin.