Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah.

Koperal dan Lans Koperal polis itu, masing-masing berumur 39 dan 32 tahun, ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang semalam antara jam 12.10 tengah hari hingga 12.40 tengah hari.

Menurut sumber, kedua-kedua anggota polis berkenaan ditahan SPRM ekoran aduan yang diterima agensi itu pada 14 Ogos lalu.

Pengadu mendakwa kedua-dua suspek berkenaan meminta wang rasuah berjumlah RM2,500 sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap pengadu atas pemilikan dadah jenis syabu, kata sumber berkenaan.

Menurut sumber itu, pengadu menyerahkan RM500 kepada suspek pada 7 Ogos lalu dan RM300 lagi dikreditkan ke dalam akaun seorang daripada suspek pada hari berikutnya.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Sabli mengesahkan penahanan kedua-dua anggota polis berkenaan.

Kedua-dua suspek direman sehingga 22 Ogos ini bagi membantu siasatan.


-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS