ADS
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata penganjur Program Nothing To hide 2.0 tidak menjemput pihaknya untuk untuk mengawal keselamatan.

Katanya, anggota polis hanya mengawal di luar Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam sahaja ketika majlis berlangsung.

“Pihak polis memang kita tidak mengawal keselamatan dalam (dewan) itu tetapi pihak polis berada di luar majlis itu kerana polis tak dijemput pun untuk majlis itu.

“Kita menjaga keselamatan di luar majlis itu, di luar tempat majlis itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini.

Program Nothing to Hide Ahad lalu yang bermula pada jam 3 petang bertukar menjadi ganas pada kira-kira jam 5.30 petang, ketika bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menjawab soalan mengenai isu Memali.

ADS

Selipar dan kasut dilemparkan ke arah Dr Mahathir. Ini diikuti oleh beberapa objek lain termasuk kerusi dan botol air berterbangan serta suar dinyalakan dalam dewan.

Bagaimanapun, tiada objek mengenai Mahathir apabila anggota keselamatan bergegas untuk melindunginya. Pertempuran kemudian berlaku apabila penyokong BERSATU cuba menghadapi provokasi berkenaan yang akhirnya melarat ke luar dewan.

'Penganjur jangan lepas tangan'

Katanya lagi, penganjur juga akan diambil tindakan selepas ini kerana tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya, Program tersebut juga tertakluk di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan jelas memperuntukkan bahawa penganjur bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka yang hadir.

ADS

"Jangan penganjur ingat dia boleh lepas tangan begitu sahaja. Tak ada. Baca balik Akta Perhimpunan Aman itu. Kalau kalau nak buat apa-apa majlis, faham dulu undang-undang itu dan dah faham baru buat.

"Kalau tak faham mari bincang dengan kita, tanyalah polis. Ini tak mahu tanya nak buat, buatlah. Dah jadi apa-apa tanggunglah.

"Jadi pada saya adalah tidak elok kerana penganjur cuba menyalahkan polis dan itu dan sebagainya,” katanya.

Khalid turut berkata, penganjur seharusnya membuat peraturan terhadap peserta yang mengikuti program itu dengan membuat senarai semakan barangan yang tidak boleh dibawa bagi memastikan keselamatan semua pihak.

"Peguam yang bijak pandai ini tengoklah peruntukkan undang-undang Akta Perhimpunan Aman itu apa yang dia sebut, tanggungjawab penganjur, tanggungjawab orang yang hadir dan sebagainya," katanya.

Khalid turut mengesahkan pihaknya telah menahan 13 orang sehingga pagi ini kerana mencetuskan kekecohan dalam program tersebut.

Khalid dalam masa yang sama turut ditanya mengenai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos yang mahu menganjurkan Nothing To Hide 0.3.

"Bab nak buat itu nak buat ini kami tak mahu campur. Nasihat saya patuhi undang-undang, patuhi Akta Perhimpunan Aman. Itu sahaja," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS