Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Nazri: Mahathir yang 'minta' selipar terbang
Diterbitkan:  Aug 15, 2017 2:06 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

Kekecohan semasa forum Nothing to Hide 2.0 yang menyaksikan kerusi dan selipar melayang ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad, dibidas oleh pelbagai pihak.

Walau bagaimanapun, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz tidak bersimpati.

"Dia memintanya," kata ahli majlis tertinggi Umno ketika ditanya sama ada ahli politik berusia 92 tahun itu patut diperlakukan sedemikian rupa.

"Dia mahu menjadi pejuang jalanan, dia mahu berkelakuan seperti gangster, itulah yang dia dapat. Dia tidak mahu berkelakuan seperti seorang negarawan, itulah yang dia dapat," katanya kepada pemberita di Shah Alam petang ini.

Nazri juga tidak terkejut bahawa pembangkang menuding jari ke arah Umno berhubung dengan keganasan yang tercetus itu.

"Ya, semuanya ada (ada kaitan dengan) Umno.

"Besok, jika seseorang mati, ini juga (ada kaitan Umno) kenapa kita buang masa untuk sesuatu yang bodoh seperti itu?" katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS