Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bapa, datuk dan pakcik direman rogol dua beradik
Diterbitkan:  Aug 12, 2017 10:23 PM
Dikemaskini: 2:30 PM

Majistret Kota Samarahan membenarkan tahanan reman selama tujuh hari terhadap empat sekeluarga kerana merogol dua ahli keluarga mereka yang juga adik beradik sehingga mengandung.

Majistret Dayang Roselind Awang Mahdini sekitar jam 1.40 petang membenarkan permohonan Ketua Siasatan Jenayah Daerah Serian, Asisten Superintendan Alias Nen bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kesemua suspek ditangkap di kediaman keluarga tersebut setelah pihak polis dimaklumkan tentang perbuatan terkutuk itu, lapor Astro Awani.

Kejadian terbongkar apabila mangsa yang berusia 19 tahun menjalani pemeriksaan kesihatan dan didapati mengandung di Hospital Serian.

Soal siasat tkemudian mendapati mangsa menjadi "santapan seks" bapa, datuk dan dua bapa saudaranya sejak berusia 13 tahun.

Mangsa turut memaklumkan adiknya yang kini berusia 14 tahun, turut dirogol sejak lima tahun lalu di rumah keluarga ini di Kampung Daha Seroban, berhampiran Tebedu.

Sekitar jam 3.30 petang semalam, sepasukan anggota Siasatan Jenayah Serian yang diketuai oleh Inspektor Vimal Nathan telah memberkas kesemua saspek yang berumur di antara 26 hingga 57 tahun di kediaman mereka.

Kedua-dua mangsa yang berusia 19 dan 14 tahun kini dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut, manakala si kakak disahkan mengandung 25 minggu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara antara 10 ke 30 tahun selain sebatan rotan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS