Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas Setiausaha Agung DAP Kerk Kim Hock meninggal dunia
Diterbitkan:  Aug 9, 2017 8:41 PM
Dikemaskini: 12:46 PM

Bekas setiausaha agung DAP Kerk Kim Hock meninggal dunia petang tadi dalam usia 61 tahun.

Anak mendiang Chee Yee mengesahkan ayahnya Kim Hock menghembuskan nafas yang terakhir jam 6.10 petang tadi.

"Ia disebabkan masalah Deep Vein Thrombosis (DVT), ayah saya telah melalui terapi thrombolytic pada hari Ahad. Pembedahan tersebut berjaya.

"Salah satu risiko yang diberitahu kepada kami adalah pendarahan dalaman, yang berlaku beberapa jam selepas pembedahan itu.

"Pendarahan di otaknya telah menyebabkan beliau koma. Setelah berjuang selama tiga hari, beliau meninggalkan kita dalam damai," kata Chee Yee dalam kenyataannya.

Che Yee berkata beliau, ibu dan adiknya berada di sisi mendiang pada saat itu.

"Kami berterima kasih kepada setiap orang atas sokongan dan galakan untuk beliau berjuang dengan penyakitnya selama ini," katanya.

Maklumat berkenaan pengkebumian dijangka akan diumumkan kemudian.

Kim Hock pernah berjuang melawan barah pada 2002.

Beliau merupakan setiausaha agung DAP dari 1999 sehingga 2004, menggantikan Lim Kit Siang. Beliau juga ialah anggota parlimen untuk Kota Melaka pada 1999 sebelum bersara daripada politik. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS