Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rakyat akhirnya terpaksa bayar hutang 1MDB, kata Rafizi

Penafian berulang kali kerajaan bahawa dana awam akan digunakan untuk menyelesaikan isu hutang 1MDB tidak mungkin dapat dipertahankan, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Beliau menjelaskan bahawa sejak proses "rasionalisasi" 1MDB pada tahun 2015, aset firma pelaburan negara itu telah dipindahkan ke Kementerian Kewangan Inc (MOF Inc).

"Adalah jelas bahawa 1MDB telah kehabisan dana, aset 1MDB dipindahkan ke MoF Inc sementara hutangnya dijamin oleh kerajaan, ia adalah syarikat shell tanpa aset," katanya.

"Jadi, akhirnya ia akan menggunakan dana awam (untuk membayar balik hutang)," katanya ketika ditemui di kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Memandangkan ini, Rafizi mencabar Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang mendakwa dana awam tidak akan digunakan untuk membayar balik hutang 1MDB kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi, untuk membuktikan sebaliknya.

1MDB gagal memenuhi tarikh akhirnya pada 31 Julai untuk membayar IPIC sejumlah hutang AS$602 juta dan kos faedah.

Susulan itu, IPIC bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir, dengan syarat 1MDB membayar AS$310 juta pada 12 Ogos.

Rafizi memberi amaran bahawa kegagalan membayar pada tarikh akhir 31 Julai akan menjejaskan penarafan hutang kerajaan Malaysia.

Beliau juga percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan akan mengumpul wang melalui pasaran bon untuk membayar hutang itu, yang akhirnya akan ditanggung oleh pembayar cukai.

[Bac berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS