Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jet negara: Najib guna 181, Agong 89 kali
Diterbitkan:  Aug 8, 2017 1:41 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbang sebanyak 181 kali menggunakan jet eksekutif kerajaan antara tahun 2014 dan 2016.

Sementara yang di-Pertuan Agong pula menggunakannya sebanyak 89 kali dan timbalan perdana menteri pula sebanyak 10 kali.

Statistik ini diperoleh berdasarkan jawapan parlimen Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman.

Azalina memberikan maklumat itu bagi menjawab soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang mahu tahu penggunaan jet kerajaan oleh ketiga-tiga pemimpin kanan negara itu.

Secara keseluruhan, sebanyak 289 penerbangan menggunakan jet kerajaan digunakan oleh mereka bertiga dalam tempoh tiga tahun itu, kata Azalina.

Berkaitan timbalan perdana menteri, jawapan itu tidak menyatakan penyandang jawatan itu yang mana satu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini memimpin parti pembangkang, menjadi timbalan perdana menteri sehingga Julai 2015.

Beliau digantikan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi selepas itu.

Pesawat kerajaan yang biasa digunakan adalah Airbus Corporate Jet 319 (ACJ319) dan Airbus Corporate Jet 320 (ACJ320).

Kerajaan juga mempunyai pesawat lebih kecil, termasuk Falcon dan Global Express.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS