Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan peruntukan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang menghendaki seseorang tertuduh memfailkan pertahanannya sebelum perbicaraan sebagai tidak sah dan terbatal.

Keputusan itu dibuat susulan rayuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon yang memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 62 akta itu bercanggah dengan Artikel 5 (1) dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Ketiga-tiga panel anggota yang diketuai oleh Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid sebulat suara mengisytiharkan Seksyen 62 sebagai tidak sah dan terbatal.

Lim dibicarakan atas tuduhan menerima suapan dari Phang. Beliau mendakwa bahawa dirinya adalah mangsa konspirasi politik.

Pada Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan tempoh 34 hari untuk perbicaraan Lim dan Phang berkaitan tuduhan rasuah membabitkan pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn.

Seramai 60 saksi disenarai akan memberi keterangan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS