Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
BN Melaka pertimbang calon baru di semua DUN
Diterbitkan:  Aug 6, 2017 11:52 AM
Dikemaskini: 3:55 AM

BN Melaka diminta menyenaraikan calon baru untuk setiap kerusi dewan undangan negeri (DUN) untuk dipertimbangkan bagi mewakili parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata ekoran keputusan itu beliau difahamkan ada sesetengah kawasan bakal mengemukakan sehingga lapan nama kepada pimpinan negeri.

Idrsi yang juga pengerusi BN Melaka menganggap perkembangan berkenaan sebagai sesuatu yang sihat.

Bagaimanapun katanya keputusan akhir nama calon yang akan dipilih mewakili BN akan diputuskan kepimpinan tertinggi parti.

Memetik Idris Sinar Harian melaporkan langkah mengarahkan nama baru untuk disenaraikan sebagai calon pada PRU akan datang dibuat kerana ada beberapa wakil rakyat sedia ada memberitahu niat mereka enggan dicalonkan semula.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS