Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Badan Peguam mahu cabar lanjut tempoh ketua hakim

Badan Peguam Malaysia berhasrat memfailkan cabaran undang-undang terhadap pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Presiden Badan Peguam Malaysia, George Varughese berkata mereka juga menggesa Ketua Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melantik hakim-hakim yang bersara sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan khusus untuk cabaran ini.

"Pastinya mereka akan berada dalam kedudukan konflik kepentingan jika salah seorang daripada mereka sebagai panel yang memutuskan cabaran undang-undang (Badan Peguam).

"Itu bebab mengapa kami mendesak CJM untuk menasihati Agong untuk melantik hakim tambahan untuk mendengar perkara ini," kata Varughese dalam sidang akhbar selepas mesyuarat agung luar biasa Badan Peguam di Kuala Lumpur hari ini.

Ini adalah sebahagian daripada resolusi yang diluluskan oleh majoriti dalam EGM Majlis Peguam hari ini.

EGM yang diadakan hari ini adalah berhubung pelantikan "Md Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan" yang digambarkan sebagai melanggar perlembagaan secara terang-terangan.

Bagaimanapun, Varughese berkata mereka masih belum membuat keputusan mengenai tindakan yang tepat.

"Sama ada ia akan menjadi semakan kehakiman atau tindakan untuk "quo warranto" akan bergantung kepada nasihat peguam kami," katanya.

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS