Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PARLIMEN | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membayangkan, akan ada lebih banyak 'buah tangan' daripada kerajaan pada beberapa bulan akan datang.

Bercakap di Dewan Rakyat, anggota parlimen Pekan itu berkata kerajaan akan sentiasa memastikan rakyat mendapat manfaat daripada dasar kerajaan.

"Sebab itu saya umumkan pakej (insentif) untuk Felda, veteran ATM (Angkatan Tentera Malaysia).

"Bulan-bulan akan datang, insya-Allah banyak lagi usaha kerajaan kita akan lakukan.

"Kita sebagai kerajaan akan lakukan terbaik untuk rakyat," katanya.

Bagaimanapun, perdana menteri berkata kerajaan tidak akan menjanjikan perkara yang mustahil untuk dilaksanakan.

"Namun, (kerajaan) tak boleh janjikan benda tak masuk akal (seperti) yang sering dijanjikan pembangkang sebagai gula-gula untuk menyukakan hati rakyat, tapi tak mampu dilaksanakan di mana-mana kerajaan," kata Najib lagi.

Isnin lalu, Malaysiakini melaporkan, Najib bertemu dengan puluhan ribu veteran ATM pada Perhimpunan Veteran ATM 2017 di Seri Kembangan.

Pada himpunan itu, selain menyumbangkan RM5 juta kepada Tabung Pahlawan, Najib turut mengumumkan lima insentif yang akan diperolehi veteran ATM.

Malah, pada hari lahir Najib 23 Julai lalu, beliau mengumumkan enam insentif untuk peneroka dan warga Felda. Antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif dan insentif perumahan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS