Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata, kerajaan negeri mengambil teguran daripada Laporan Audit Negara berhubung pentadbirannya secara positif.

Malah, Azmin berkata, kerajaan negeri juga akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan segala teguran yang dibuat tidak berulang pada masa depan.

"Secara umumnya (laporan audit) amat positif. Tapi seperti biasa, ada teguran yang diberi Ketua Audit Negara itu, kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara-perkara ini tidak berulang di masa akan datang.

"Secara umum, pengurusan kewangan Selangor cukup baik dan ini terbukti apabila pentadbiran negeri menjamin ketelusan dan keterbukaan dalam pentadbiran hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam hari ini.

Azmin sebelum itu ditanya mengenai pandangannya terhadap laporan audit yang melibatkan Selangor.

Sementara itu, ketika diajukan soalan mengenai kemasukan 7,000 orang pengundi luar ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan oleh ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos, Azmin enggan mengulasnya.

Malah, Azmin turut enggan menjawab ketika disoal mengenai dakwaan bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mendakwa Anggota Parlimen PKR, Zuraida Kamaruddin, menggunakan kedudukannya untuk melobi Yayasan Selangor bagi menangguhkan bayaran daripada sebuah firma milik anggota akar umbi parti.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS