Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis rakam kenyataan exco Pemuda Umno
Diterbitkan:  Aug 1, 2017 12:42 PM
Dikemaskini: 4:45 AM

Polis merakamkan kenyataan seorang exco Pemuda Umno susulan dakwaan terdapat pemimpin Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ditumbuk ketika pertembungan kedua-dua pergerakan itu di ibu negara minggu lepas.

Datuk Armand Azha Abu Hanifah pagi ini hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara bagi tujuan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohd Sukri Kaman ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Armand pula sebelum hadir sempat menulis di Facebook bahawa “Pemuda Umno akur dengan undang-undang dan akan terus berikan kerjasama pada pihak polis”.

Ketua Penerangan ARMADA, Ashraf Mustaqim mendakwa ditumbuk ketika rombongannya ke ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dihalang oleh kumpulan Pemuda Umno yang diketuai oleh Armand.

Kekecohan, tolak menolak dan perang mulut tercetus dalam pertembungan dua musuh politik itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS