Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Imigresen terus lanjut kontrak syarikat feri’

LAPORAN AUDIT l Walaupun berulang kali memungkiri kewajipan kontrak, sebuah syarikat feri diserahkan tugas untuk penghantaran warga asing oleh Jabatan Imigresen selama 10 tahun dan kontrak itu dilanjutkan sebanyak empat kali, kata Siri 1, Laporan Ketua Audit Negara 2016 .

Dalam pengauditan ke atas Kementerian Dalam Negeri, laporan itu meneliti sistem Jabatan Imigresen menghantar pulang warga asing tanpa dokumen.

“Analisis audit daripada kontrak yang ditandatangani mendapati Jabatan Imigresen dan kontraktor telah mengikat kontrak selama 10 tahun bermula dari tahun 2007 hingga 2017.

“Pada 1 November 2007 hingga 31 Oktober 2009, Jabatan Imigresen telah mengikat kontrak dengan syarikat perkhidmatan feri (kontraktor) bagi tempoh dua tahun setelah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) secara rundingan terus dengan kadar RM205 bagi seorang PATI.

“Sehingga kini, kontrak tersebut telah diperbaharui sebanyak empat kali dan kontrak yang terakhir diperbaharui adalah pada 1 November 2015 hingga 31 Oktober 2017,” petik laporan itu.

MOF telah meluluskan pembaharuan kontrak terbaru untuk syarikat itu, walaupun sebelum ini memutuskan bahawa pembaharuan ketiga, dari 1 Nov 2013, hingga 31 Okt 2015, akan menjadi yang terakhir.

Dasar kerajaan Persekutuan mensyaratkan bahawa kontrak hanya boleh dilanjutkan sekali untuk tempoh tidak melebihi dua tahun.

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS