Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kos Jalan Pintas Rawang melonjak 200 peratus ke RM628 juta
Diterbitkan:  Jul 31, 2017 3:46 PM
Dikemaskini: 7:55 AM

LAPORAN AUDIT Kelewatan selama enam tahun antara sebab projek Jalan Pintas Rawang melonjak 208.7 peratus kepada RM628.14 juta.

Kontraktor yang menjalankan kerja berkenaan memperoleh kontrak RM203.47 juta menerusi tender langsung.

Projek jalan sepanjang 23km itu bermula pada bulan Julai 2005 dan dijangka siap pada Januari 2008.

Bagaimanapun, Perakuan Kelewatan dan Lanjutan Masa (EOT) selama 2,132 hari telah diluluskan menyebabkan kontraktor menuntut kerugian dan perbelanjaan berjumlah RM7.88 juta.

Berikutan EOT terkini, projek itu dijadualkan siap pada 16 Mac tahun ini namun sehingga 15 Februari, hanya 97.15 peratus telah berjaya disiapkan.

Ini disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1, yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, dua kontrak tambahan telah ditandatangani pada bulan Mac 2009 dan Disember 2011.

Walaupun terdapat perubahan pada kontrak Mac 2009 berhubung harga bahan binaan, bagaimanapun kos kontrak berkenaan tetap sama.

Kontrak kedua menyatakan beberapa kerja tambahan, termasuk jalan alternatif sepanjang 3.3 km melalui Taman Warisan, rekabentuk "elevated structure" sepanjang 2.64 km dan kerja menaik taraf 1.57 km jalan persekutuan yang sedia ada berjumlah RM390 juta.

Kerja-kerja tambahan dijangka siap dalam tempoh 40 bulan dari bulan Disember 2011. Faktor lain yang mengakibatkan kenaikan kos untuk projek ini adalah:

-Kerja perubahan reka bentuk di kawasan pertindihan antara jajaran "elevated structure" dan Lebuh raya LATAR yang menyebabkan kos tambahan sebanyak RM34.2 juta

- Kelewatan dalam menyelesaikan pampasan bagi pengambilan tanah mengakibatkan pembayaran denda berjumlah RM5.52 juta.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS