Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
WP lulus 238 perkahwinan bawah umur sejak 2010
Diterbitkan:  Jul 31, 2017 2:52 PM
Dikemaskini: 6:56 AM

PARLIMEN l Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan meluluskan 238 perkahwinan kanak-kanak di bawah umur sejak tahun 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan punca yang menyebabkan perkahwinan di bawah umur itu, sambil menambah belum ada kajian yang dijalankan.

Jumlah kes bagi negeri-negeri lain juga tidak diketahui kerana mahkamah syariah berada di bawah bidang kuasa setiap kerajaan negeri.

Di bawah undang-undang Malaysia, gadis Islam di bawah umur 16 tahun dan lelaki di bawah 18 tahun tidak boleh berkahwin tanpa persetujuan dari mahkamah syariah.

"Dalam Islam, bersekedudukan tanpa nikah atau berzina adalah diharamkan, maka perkahwian sedemikian (bawah umur) dibenarkan untuk mengelakkan perzinaan," kata Jamil Khir.

Beliau berkata permohonan boleh ditolak, sebagai contoh, jika pengantin lelaki tidak mampu menanggung nafkah isteri, atau tidak mempunyai pengetahuan agama yang memadai, serta laporan akhlak yang tidak memuaskan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS