Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Pada usia 92 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad masih gigih menjelajah segenap pelusuk negara untuk berucap menjelaskan situasi terkini negara, khususnya sebagai pengerusi Pakatan Harapan yang baru diterajuinya.

Walaupun uzur dan tidak sebegitu bertenaga, perdana menteri selama 22 tahun itu tetap tabah dan cekal dengan mempercayai bahawa apa yang dilakukannya itu adalah demi menyelamatkan masa depan rakyat, agama dan negara.

Walau bagaimanapun, terbaru ini, Dr Mahathir terpaksa menguzurkan diri menghadiri dua majlis dan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan penyokong HARAPAN berhubung keadaan kesihatannya.

Dr Mahathir dijadualkan menghadiri majlis makan malam mengutip derma di Temerloh dan Kluang pada Jumaat dan Sabtu lalu. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir kerana deman selesema.

Beberapa penyokong HARAPAN yang ditemui pada majlis Kluang mengakui mereka kecewa kerana mereka tidak dapat melihat kelibat Dr Mahathir, tetapi berharap pemimpin veteran itu kekal sihat untuk memimpin pembangkang.

L Moorthy, 54, berkata dirinya menyokong Dr Mahathir selama tiga dekad dan sangat mengambil berat tentang keadaan kesihatannya.

“Itu kita risau, sebab dia pun orang tua kan, 92, kecewa dia tak datang, tapi saya harap dia jaga diri sendiri baik-baik,” katanya.

Moorthy berkata beliau akan mendoakan untuk kesejahteraan Mahathir kerana negara sekali lagi memerlukan khidmantnay.

“Masa Dr Mahathir (saua) sokong BN kerana negara, lima kali (saya) sokong BN.

“Tapi sekarang (saya) sokong pembangkang, bukan kerana sokong Dr Mahathir, tetapi sekarang negara masalah banyak, jadi kita pun susah, kita tukar kita punya konsep,” katanya.

Bagi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mustafa Adenan, rakan-rakanya sering menyatakan kebimbangan mengenai keadaan kesihatan Mahathir.

“Kami memang risau tentang kesihatannya, apa yang kami mahu (adalah) perjuangannua untuk Malaysia diteruskan, moga dia sihat sembuh umur panjang.

“Apabila Najib memerintah, Najib susahkan rakyat, saya tak baca Mahathir jadi PM, saya tahu dia mau rakyat tidak susah, sekarang banyak sangat cukai.

“Tapi Mahathir, dia tidak pernah menyusahkan rakyat dengan cukai, dia tak pernah naikkan (harga) barang. Bila Najib, dia tak pandang rakyat susah, dia mau dia berkuasa, itu beza,” kata peniaga berusia 56 tahun itu.

Mustafa percaya bahawa Mahathir adalah satu-satunya pemimpin yang mampu memulihkan ekonomi, memandangkan rekodnya dalam menangani susut nilai ringgit suatu ketika dulu.

“Dia (Dr Mahathir) juang untuk rakyat bukan untuk diri, sakit hati tengok umur tua (tetapi masih) juang, patut umur dia rehat di rumah.

“Memang (Mahathir) idola saya, dia satu-satunya pemimpin yang berjuang meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

Beliau percaya bahawa walaupun suatu hari nanti apabila Mahathir tidak akan lagi bersama mereka, pemimpin BERSATU lain seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir mampu meneruskan perjuangan.

Manfred Yap, 27, pula menganggap Dr Mahathir sebagai mursyidul am pembangkang.

Yap juga yakin pemimpin veteran itu mampu memimpin pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS