Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PARLIMEN | Rakyat Malaysia dikecualikan daripada membayar cukai pelancongan bagi semua jenis hotel dan premis penginapan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata sebaliknya, cukai berkenaan akan dikenakan terhadap pelancong asing yang tinggal di semua jenis premis penginapan pada kadar RM10 bagi setiap bilik satu malam.

Mohamed Nazri berkata langkah itu adalah tanda keprihatinan kerajaan terhadap suara rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana, selain merancakkan lagi pelancongan domestik.

Beliau menjawab pertanyaan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) mengenai status terkini pelaksanaan cukai pelancongan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Mohamed Nazri berkata hanya pelancong domestik yang tinggal di penginapan empat bintang dan ke atas akan dikenakan cukai pelancongan, manakala tiada bayaran cukai pelancongan terhadap penginapan tiga bintang ke bawah.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS