Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MRT baru buka, tapi dah ada vandalisme
Diterbitkan:  Jul 23, 2017 7:16 PM
Dikemaskini: 11:40 AM

Hanya lima hari sejak stesen Transit Aliran Massa (MRT) dibuka, kini sudah ada tanda-tanda vandalisme di kawasan stesen berkenaan.

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik MyMRT, Najmuddin Abdullah, terdapat goresan di bangku dan dinding dan kerosakan pada tandas- sesetengah daripadanya berlaku dua hari selepas MRT beroperasi.

Malah, katanya, terdapat juga tongkat penyapu serta lampu ‘spotlight’ berada di bumbung laluan keluar stesen Bukit Bintang.

Ironinya, dinding yang memaparkan Rukun Negara turut mengalami kerosakan. 

 

 

 

‘Dinding Rukun Negara’ itu memaparkan lima nilai-nilai Rukun Negara.

Nilai kelima dalam Rukun Negara ialah kesopanan dan kesusilaan.

“Kami menyediakan kemudahan kelas pertama tetapi jika masyarakat tidak bersedia untuk memiliki mentaliti kelas pertama, kita akan membazirkan banyak wang dan masa yang tidak diperlukan untuk melakukan kerja-kerja pembaikan (akibat vandalisme),” katanya di dalam Instagram miliknya.

Sejumlah kira-kira 100,000 penumpang menggunakan laluan MRT Sungai Buloh-Kajang pada hari pertama ia beroperasi pada 17 Julai lalu.

Fasa pertama laluan berkenaan meliputi Sungai Buloh ke Semantan dibuka pada Disember lalu dan mempunyai 2.7 juta penumpang- yang mana sebanyak 15,000 penumpang harian dalam sehari.

Laluan Sungai Buloh- Kajang pula menerima banyak pujian daripada orang ramai tetapi mereka turut mengadu tentang kelemahan bas feeder yang disediakan pihak MRT.

Perkhidmatan @askrapidkl oleh RapidKL di Twitter bagaimanapun menangani segera keluhan orang awam tentang bas feeder berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS