Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nazir nasihatkan k’jaan - teliti pelaburan China
Diterbitkan:  Jul 20, 2017 11:46 AM
Dikemaskini: 3:49 AM

Datuk Seri Nazir Razak dilaporkan mahu kerajaan meneliti pelaburan yang diterajui oleh China di bawah inisiatif One Belt, One Road (OBOR).

Pengerusi Kumpulan CIMB Group Bhd itu dipetik oleh The Edge Financial Daily hari ini sebagai berkata bahawa projek-projek - khususnya projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 bilion - tidak seharusnya dinilai berdasarkan skala pelaburan, tetapi mengikut nilai cadangan.

"Saya rasa sangat penting bagi kita menjauhkan diri daripada keseronokan tradisional Malaysia bahawa semua yang besar dan seksi. Itu sangat berbahaya," kata Nazir yang dipetik akhbar itu.

"Tidak syak lagi, bahawa ECRL membawa manfaat.Tetapi adakah manfaatnya, katakan (adakah ia) bernilai RM10 bilion atau RM60 bilion?

“Itulah soalan asas. Hanya kerana ia adalah inisiatif OBOR dan ia (kontrak pembinaan dianugerahkan) ke China; Adakah Malaysia mendapatkanya pada harga yang tepat?" soalnya.

Tokoh perbankan tersohor yang juga adalah adik kepada perdana menteri itu berkata demikian semasa perbincangan meja bulat bertemakan China’s Belt and Road Initiative in Asean: Economic opportunities and Asean centrality.

Perjanjian projek ECRL dimeterai pada November tahun lalu. Ia akan dibina oleh China Communication Construction Company Ltd (CCCC), dan dibiayai melalui pinjaman mudah yang dibekalkan oleh Export-Import Bank of China. Kedua-duanya adalah syarikat milik kerajaan China.

Laluan kereta api sepanjang 620km itu akan dibina dalam tiga fasa. Ia akan bermula dari Tumpat dan melalui tempat-tempat seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kemaman, Kuantan, Bentong dan Gombak, sebelum berakhir di Pelabuhan Klang. Pembinaan akan dimulakan tahun ini dan dijangka siap menjelang tahun 2022.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS