Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M: HARAPAN akan soal AG jika menang PRU
Diterbitkan:  Jul 18, 2017 8:48 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali akan disoal sama ada beliau menyembunyikan bukti jenayah berhubung skandal 1MDB sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, perlakuan jenayah tidak seharusnya disembunyikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana ia bukan rahsia kerajaan.

"Saya bukan peguam. Tapi saya tahu jenayah bukan (di bawah) OSA. Dan bila ia jenayah, kena lapor bukan kena sembunyi.

"Peguam negara lakukan kesalahan besar sembunyikan bukti jenayah. Satu hari dia kena jawab, sebab itu kita (HARAPAN) kena menang," katanya dalam ceramah perdana Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam malam tadi.

Dr Mahathir kemudian berkata "Kita boleh tanya, hei AG, kau buat salah jenayah ke?"

"Satu hari dia kena jawab itu. Sebab itu kita kena menang. Jadi kalau nak tahu AG buat salah atau tidak, kita kena menang,” katanya yang menerima sorakan daripada hadirin yang hadir.

Febuari tahun lalu, Apandi mencadangkan untuk memperkukuhkan OSA supaya mereka yang membocorkan rahsia kerajaan dan wartawan yang melindungi sumber mereka dihukum penjara seumur hidup dan dikenakan 10 sebatan rotan.

Apandi sebelum itu membebaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

Beliau juga mendakwa RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank Najib merupakan derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Mahathir yang juga perdana menteri 22 tahun itu turut mengingatkan mereka yang hadir supaya melupakan masalah lama dengan berkata “Dr Mahathir maha firaun, maha zalim, itu lama punya”.

Katanya, sekiranya semua rakyat bersatu dengan mengundi HARAPAN barulah pembangkang mencapai kemenangan.

Malaysiakini sedang cuba mendapat reaksi Apandi berhubung kenayatan terbaru Mahathir.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS