Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahathir: Saya buat pusingan U untuk jatuhkan Najib
Diterbitkan:  Jul 13, 2017 6:50 PM
Dikemaskini: 10:54 AM

ULASAN l Saya dah buat U-turn (pusingan U) Iama sebelum perjanjian menyokong pengampunan di-raja untuk Anwar dan pencalonannya sebagai Perdana Menteri. Saya U-turn apabila Najib sendiri U-turn terhadap Umno.

Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946 menumpu kepada kemerdekaan negara di bawah sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Apabila Najib menyalah guna kuasa pedana menteri dan melandaskan rejimnya kepada cash is king atau wang sebagai raja, maka terkuburlah perlembagaan; apabila Najib melesapkan sebegitu banyak wang dan RM2.6 billion masuk ke dalam akaun peribadinya; apabila peraturan undang-undang disalah guna dan digantikan dengan rasuah secara terbuka dalam negara; apabila kesemua ini terjadi dan lebih lagi, saya hilang kepercayaan dan berpaling daripada Umno pimpinan Najib dan saya tumpukan usaha untuk menurunkan pemimpin ini yang jelas bekerja bertentangan dengan kepentingan Melayu, Islam dan Malaysia – asas kepada perjuangan Umno.

Di dalam usaha untuk menghancurkan jembalang ini, saya dapati ada persamaan dengan parti-parti pembangkang yang menentang Umno dan BN. Terdapat juga persamaan dengan Anwar Ibrahim. Saya dan Anwar boleh bekerjasama setelah saya U-turn.

Kami, bersama dengan yang lain-lain akan berusaha keras menjatuhkan Najib dan kerajaannya yang mundur, korup dan kleptokratik.

Perompak tidak boleh pimpin negara yang hebat ini. Pencuri yang dicaci dunia dan ditertawakan semua tidak boleh dibenarkan berterusan memerintah mana-mana negara.

Itu objektif saya berkerjasama dengan Anwar. Tidak perlu U-turn lagi. Ia telah pun berlaku.

Saya tidak takut pada Anwar berhubung dengan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja). Tetapi saya percaya usaha menyiasat urusniaga matawang asing oleh Bank Negara ialah untuk mencari kesalahan saya.

Sebaliknya tiada RCI ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan bertan duit yang telah pun terbukti oleh 1MDB dan Najib walaupun terdapat banyak bukti salahlaku yang jelas dan boleh didapati oleh sesiapa sahaja di dunia dan rakyat Malaysia.

RCI ke atas urusniaga matawang Bank Negara lebih 30 tahun dahulu bukan untuk mencari keadilan tetapi jelas satu usaha terdesak Najib untuk menutup mulut pengkritiknya. Ia tidak akan berjaya.


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ialah pengerusi Parti Pribumi Bumiputera Bersatu (BERSATU) dan perdana menteri keempat Malaysia.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS