Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sumber berita tak kaitkan Anwar dengan Lahad Datu

Seorang pengarang berita TV3 memberitahu laporan oleh Reuters dan agensi berita Filipina tidak memetik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada 2013.

Kamaruddin Mape berkata demikian ketika diminta membawa tiga laporan berita semasa sesi soal balas peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

Sebelum itu Kamaruddin, 48, diminta oleh peguam itu untuk mengenal pasti sama ada anak guamnya - Anwar - ada dikenal pasti dalam laporan berkenaan.

Kamaruddin menjadi saksi pembelaan dalam saman fitnah RM100 juta dikemukakan Anwar terhadap TV3 dan Utusan Malaysia.

Akhar harian itu sudah menarik balik laporan mereka dan meminta maaf pada Oktober lalu.

Sebelum itu Kamaruddin bersetuju dengan cadangan Ambiga bahawa laporan berita televisyen mesti berpandukan kepada kebenaran demi kepentingan umum.

Soalan Ambiga juga menunjukkan laporan TV3 itu dibuat berdasarkan maklumat diperoleh dari Utusan Malaysia.

Ambiga: Adakah anda diarah untuk membuat atau menghasilkan laporan yang tersiar dalam Buletin Utama pada 2 Mac 2013?

Kamaruddin: Saya lihat ia (dalam Utusan) dan bertanya kepada pengarang berita ketika itu, Ashraf Abdullah. Beliau memberikan lampu hijau.

Ambiga: Sebagai pembaca berita dan wartawan selama 20 tahun, adakah anda membuat semakan fakta?

Kamaruddin: Biasanya saya akan membuat penyelidikan dan semakan. Saya periksa sumber itu sendiri (iaitu) disebut (pertubuhan berita) - National Inquirer, Manila Times dan Reuters. Saya membaca artikel dari laman web mereka.

Ambiga: Adakah seluruh laporan (TV3) berdasarkan kepada berita Utusan?

Kamaruddin: Saya yakin (dengan kesahihan) berita Utusan dan sumber yang dipetik.

Selepas jawapan itu Ambiga menunjukkan tiga berita berkaitan kepada Kamaruddin.

Dia kemudian membaca kandungan berita itu sebelum bersetuju dengan Ambiga bahawa kandungannya tidak membayangkan Anwar adalah dalang kepada pencerobohan berkenaan.

Bagaimanapun Kamaruddin berkata laporan Reuters ada menyebut bahawa Anwar bertemu dengan tokoh pembangkang dari Sabah.

Ambiga: Anda membuat semakan pada sumber, iaitu Utusan. (Bagaimanapun) ia tidak ada dalam laporan Reuters. Betul atau tidak?

Kamaruddin: Saya tak boleh jawab.

Ambiga: Dari mana anda mendapat dua perenggan yang salah itu? Ia adalah tuduhan serius. Adakah dari Utusan?

Kamaruddin: Dari muka surat dua Utusan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS