Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Skim piramid: Tiada laporan suami isteri lari ke M'sia
Diterbitkan:  Jul 8, 2017 6:45 AM
Dikemaskini: 11:16 PM

Pihak berkuasa Malaysia setakat ini, tidak menerima sebarang laporan berkaitan pasangan suami isteri yang dilapor melarikan diri ke negara ini, selepas didakwa menipu lebih 400,000 individu membabitkan pelaburan kira-kira 30 billion yuan (RM19 bilion) di China, menerusi skim piramid. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, bagaimanapun berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan China sekiranya mendapat maklumat atau permintaan daripada pihak berkuasa negara berkenaan.

"Kita akan bekerjasama ikut peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Media tempatan melaporkan wanita warga China berumur 26 tahun dan suaminya, rakyat Malaysia memulakan skim pelaburan mata wang asing di Shenzhen awal tahun ini, dengan menjanjikan pulangan tinggi.

Dilaporkan syarikat pasangan itu, telah menarik lebih 400,000 ahli dalam beberapa bulan, bagaimanapun telah menutup syarikat berkenaan pada awal Jun. 

Wanita terbabit yang dipercayai peneraju skim cepat kaya itu, dilaporkan tidak dapat dihubungi melalui aplikasi WeChat dan telefon bimbitnya sejak 11 Jun lepas.

- Bernama
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS