Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Low kata tindakan DOJ 'tak sesuai'
Diterbitkan:  Jun 16, 2017 6:39 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Hartawan Jho Low, yang terpalit dalam saman Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1MDB, dilapor memberi maklum balas terhadap dakwaan baru terhadapnya.

“Langkah terkini DOJ terus menunjukkan usaha tidak sesuai untuk merampas aset-aset walaupun tidak mempunyai bukti berlakunya penyelewengan,” menurut Reuters, yang memetik kenyataan Low melalui wakil.

Low dalam kenyataan itu menyebut tindakan DOJ adalah contoh usaha global untuk meneruskan kes yang “amat cacat”.

Reuters melaporkan syarikat perhubungan awam yang menghantar kenyataan Low melalui e-mel, Rasky Partners, tidak dapat dihubungi melalui telefon pada masa itu.

Dilaporkan juga bahawa Leonardo DiCaprio sedang memulakan proses untuk memindahkan pemilikan lukisan Picasso kepada kerajaan AS, seperti didedahkan oleh wakil bintang Hollywood itu.

Lukisan Picasso yang dihadiahkan kepada DiCaprio didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB yang didakwa diselewengkan dari 1MDB.

Pemfailan DOJ malam semalam adalah saman sivil ketiga melibatkan 1MDB.

Ia kini mendakwa jumlah penyelewengan bernilai AS$4.5 bilion dan mahu menyita AS$1.7 bilion aset dikatakan diperoleh menggunakan dana daripada 1MDB.

Dalam senarai rampasan DOJ, ia termasuk kapal layar, barang kemas dan karya seni.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS