Kerajaan Malaysia memandang berat terhadap "penamaan yang tidak sepatutnya dan tanpa sebab terhadap perkara dan individul tertentu" dalam saman sivil pelucuthakan terbaru yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, kata Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Ini, kata Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad, hanya relevan kepada "manipulasi politik dalam negeri dan campur tangan" dan membayangkan satu "motif yang melampaui objektif merampas aset."
Dalam satu kenyataan, Tengku Sariffuddin berkata DOJ telah sekali lagi gagal mendapatkan kerjasama daripada kerajaan Malaysia dan 1MDB , sebelum membuat pemfailan yang terbaru.
"Kerajaan Malaysia akan bekerjasama sepenuhnya dengan sebarang penyiasatan yang sah terhadap syarikat atau warganegara Malaysia mengikut protokol antarabangsa.
"Terdapat banyak siasatan dan yang meluas oleh pihak berkuasa Malaysia mengenai 1MDB, termasuk oleh badan-badan bebas dan bi-partisan seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, dan tiada jenayah ditemui," katanya, sambil menambah bahawa firma itu masih menjadi subjek siasatan oleh polis Malaysia.
Sehingga bukti salah laku ditemui, katanya, maka dakwaan yang tidak terbukti, tidak boleh diambil sebagai fakta.
Malaysia, katanya, tetap teguh dalam sokongannya terhadap ketelusan dan tadbir urus yang baik dan ia termasuk memastikan tuduhan mempunyai asas fakta.
Beliau yakin bahawa keadilan akan terserlah dan Malaysia akan terus bekerjasama dengan semua agensi antarabangsa yang bersedia berbuat demikian.
"Seperti yang sering ditegaskan oleh perdana menteri, jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian," kata Tengku Shariffuddin.
Laporan berkaitan
Apandi kesal 'sindiran' DOJ terhadap PM
DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB
Pembantu PM: Motivasi pemfailan DOJ lebih dari setakat 'rampas aset'
DOJ: Jho Low belanja AS$10j beli barang kemas untuk model, ibu
'Kapal layar mewah Jho Low dibeli dengan dana 1MDB'
DOJ dakwa anak tiri Najib beli hartanah, poster guna dana dari Aabar BVI
DOJ: 'Derma' dipulangkan diguna beli rantai berlian isteri MO1
Siasatan 1MDB: DiCaprio pulangkan Oscar Brando