Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Apandi kesal 'sindiran' DOJ terhadap PM
Diterbitkan:  Jun 16, 2017 8:39 AM
Dikemaskini: 3:01 AM

Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) atas "sindiran" terhadap perdana menteri dalam saman sivil pelucuthakan terbaru yang difailkannya minggu ini.

"Kami ingin menyuarakan keprihatinan yang amat sangat terhadap sindiran salah laku jenayah terhadap perdana menteri.

"Tidak ada langsung dalam saman sivil itu perdana menteri dinamakan sebagai defendan atau telah didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah," kata Apandi dalam satu kenyataan hari ini.

Apandi bertegas bahawa pihak berkuasa Malaysia mendapati tiada salah laku berkaitan dengan 1MDB seperti yang didakwa dalam saman pelucuthakan itu.

Menurut beliau, pihaknya mengambil perhatian bahawa tidak ada bukti dari sebarang penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang dalam pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan bahawa wang telah disalahgunakan dari 1MDB, dan bahawa tidak ada sebarang tuduhan jenayah terhadap mana-mana individu berhubung dakwaan penyelewengan dana dari 1MDB.

"1MDB adalah sebuah syarikat Malaysia dan telah menjadi subjek beberapa siasatan dalam Malaysia, termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"Selepas semakan, kami mendapati bahawa tidak ada jenayah  dilakukan.

"Pada masa ini masih terdapat penyiasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai 1MDB," kata Apandi dalam satu kenyataan hari ini.

Peguam Negara menyatakan "kekecewaan bahawa sekali lagi Jabatan Peguam Negara tidak diberitahu atau dimaklumkan oleh DOJ berhubung tindakan itu."

DOJ malam tadi mengumumkan pencapaian yang paling signifikan sejak 21 Julai tahun lepas, apabila penyiasat AS pertama kali mendedahkan secara terbuka mengenai dakwaan skandal 1MDB.

Pada masa itu, penyiasat AS berkata lebih AS$3 bilion didakwa disalahgunakan dari 1MDB dan berusaha untuk merampas kira-kira AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengannya.

Dalam pemfailan terbaru dan ketiga malam tadi, DOJ kini meletakkan angka dakwaan penyalahgunaan itu pada AS$4.5 bilion dan kini berusaha untuk merampas AS$1.7 bilion dalam aset yang didakwa diperolehi dengan menggunakan dana dicuri dari 1MDB.

[Baca berita asal/penuh]

Laporan berkaitan

Apandi kesal 'sindiran' DOJ terhadap PM

DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB

Pembantu PM: Motivasi pemfailan DOJ lebih dari setakat 'rampas aset'

DOJ: Jho Low belanja AS$10j beli barang kemas untuk model, ibu

'Kapal layar mewah Jho Low dibeli dengan dana 1MDB'

DOJ dakwa anak tiri Najib beli hartanah, poster guna dana dari Aabar BVI

DOJ: 'Derma' dipulangkan diguna beli rantai berlian isteri MO1

Siasatan 1MDB: DiCaprio pulangkan Oscar Brando

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS