Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
MP Kluang dihalau dari bazar Ramadan, sekali lagi
Diterbitkan:  Jun 11, 2017 9:58 AM
Dikemaskini: 2:37 AM

Ahli Parlimen Kluang dari DAP, Liew Chin Tong dan rombongannya dihalau dari bazar Ramadan di Kluang semalam ketika mengagih-agihkan sumbangan buah kurma kepada orang ramai.

Ia merupakan kejadian kali kedua kepada Liew dalam tempoh tiga tahun.

Pembantu Liew, Sheikh Omar Ali berkata, kejadian itu berlaku pada jam kira-kira 5.45 petang.

"Saya dan pasukan Pakatan Harapan Kluang memulakan aktiviti edaran kurma lebih kurang pukul 5.45 petang tadi.

"Kami ucapkan terima kasih kepada urusetia bazar Ramadhan yang menguruskan bahagian gerai menjual juadah makanan dan kuih-muih. Edaran kurma berjalan cukup rukun, mahabbah dan penuh semangat silaturahim.

"Namun, kami amat kesal dengan apa yang berlaku setibanya kami di bahagian gerai menjual pakaian. Kami difahamkan urusetia yang menjaga kedua-dua bahagian ini adalah berbeza.

"Kami telah dimaki hamun, dikasari dan dihalau oleh sekumpulan pemuda. Salah seorang dari kalangan mereka dapat saya kenal pasti sebagai individu yang sama pernah menghalang kami memasuki bazar Ramadhan Kluang pada 2014 lalu yang lebih dikenali sebagai insiden 'mana surat?'," kata Sheikh Omar dalam kenyataan.

Hal seperti ini amat mendukacitakan, katanya, kerana bulan Ramadan yang mulia tidak wajar dicemari dengan kebencian, kekerasan dan kata-kata kesat serta kekasaran.

Pihaknya telah membuat laporan kepada polis malam tadi mengenai insiden tersebut di IPD Kluang, jelas beliau.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS