Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K’jaan lantik Idris Jala teliti kemelut FGV
Diterbitkan:  Jun 7, 2017 6:20 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan Felda Global Ventures (FGV) dan dua yang lain oleh Lembaga Pengarah.

Idris, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Associates Sdn Bhd telah diminta untuk meneliti fakta kes itu dan mencadangkan jalan penyelesaian berhubung keputusan tersebut.

Semalam, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Ahmad Tifli Mohd Talha untuk bercuti.

Turut diminta berbuat perkara yang sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Abd Karim.

Pejabat Perdana Menteri hari ini dalam satu kenyataan berkata pihak-pihak relevan telah bersetuju dengan pelantikan Idris.

Mereka yang dirujuk ialah Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Zakaria dan Ahmad Tifli.

Felda merupakan pemegang saham tunggal terbesar FGV dengan 34 peratus pegangan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS