Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Tidak harus ada wanita Rohingya yang ketinggalan'

"Jika awak cakap Rohingya saya akan denda anda 20 sen!" kata Sharifah Shakirah separuh berseloroh, di sebuah kelas yang dihadiri lapan orang wanita Rohingya.

Ia adalah kelas bahasa Inggeris dan para pelajarnya sering bercakap dalam bahasa ibunda mereka, dan ia menghalang kemajuan mereka dalam mempelajari bahasa Inggeris.

Pada hari Selasa, mereka datang ke Rangkaian Pembangunan Wanita Rohingya (RWDN) di Gombak untuk menghadiri kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Mereka pemalu pada mulanya. Mereka mengulangi secara perlahan sebutan Sharifah, guru mereka, yang juga warga Rohingya, dan ketawa apabila kami bertanyakan nama mereka.

Kebanyakan wanita ini adalah ibu muda yang turut membawa anak-anak mereka bersama dengan mereka. Adakah sukar belajar dua bahasa baru apabila sering terganggu oleh kerenah anak kecil mereka.

Topik hari itu adalah ‘Things in the House’. Sharifah membuat mereka membaca ayat berulangkali, membetulkan sebutan dan tatabahasa mereka.

Nur Jehan duduk di barisan hadapan. Dia berumur 11 tahun dan telah diberitahu oleh bapanya untuk berhenti sekolah kerana "dia sudah menjadi seorang wanita sekarang".

Satu-satunya sumber pendidikannya ialah kelas tersebut dan dia hadir bersama ibunya Nur Begum.

Seperti kebanyakan wanita di sana, Nur Jehan datang ke Malaysia lima tahun lalu ketika memuncaknya konflik antara junta tentera Myanmar dan rakyat Rohingya di negeri Rakhine.

Di akhir kelas hari itu, kesemua lapan wanita tersebut sudah boleh menyebut dengan baik dan yakin, ayat penuh dalam bahasa Inggeris.

Sharifah, 24, mewujudkan RWDN Disember lepas kerana tidak ada organisasi untuk menjaga wanita Rohingya di negara ini, memandang yang sedia ada memberi tumpuan kepada kanak-kanak dan lelaki.

Rangkaian Pembangunan Wanita Rohingya boleh diakses di Facebook.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS