Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
The Star mohon maaf berita pengganas, gambar solat
Diterbitkan:  May 28, 2017 2:56 PM
Dikemaskini: 1:55 PM

KEMASKINI Akhbar The Star hari ini memohon maaf atas muka depan akhbar itu yang memaparkan gambar umat Islam sedang bersolat di bawah tajuk berita berkaitan pengganas.

The Star berkata adalah menjadi amalan akhbar itu menerbitkan gambar umat Islam menunaikan solat Tarawih di muka depan pada hari pertama Ramadan, kerana menghormati bulan mulia ini.

"Ini dilakukan sepanjang dekad yang lepas. Tahun ini, terdapat kebetulan cerita utama mengenai seorang pemimpin pengganas, kemudian ramai hubungkan tajuk dengan gambar berkenaan, yang mana bukan niat akhbar ini.

"Pada pengalaman yang lalu, The Star sepatutnya lebih arif dan sensitif terhadap perasaan pembaca beragama Islam. Kami memohon maaf di atas kesilapan di pihak kami," kata The Star dalam laman webnya.

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Pahang, Shahar Abdullah menggesa The Star segera meminta maaf kepada seluruh umat Islam.

Katanya, meskipun tajuk berita tiada kena mengena dengan gambar, namun ia seolah-olah merujuk orang Islam sebagai pengganas dengan meletakkan kedua-dua berita dan gambar tersebut di muka depan.

"The Star sebagai salah satu akhbar 'senior' berbahasa Inggeris utama di Malaysia sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti di negara ini yang majoriti rakyatnya beragama Islam lebih-lebih lagi dengan banyak insiden keganasan yang terjadi di luar negara kini," katanya.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS