Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis siasat Nurul Ilham Anwar
Diterbitkan:  May 26, 2017 7:30 PM
Dikemaskini: 11:32 AM

Polis sedang menyiasat penglibatan Nurul Ilham Anwar dalam acara nyalaan lilin bagi menyatakan sokongan terhadap bapa beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan.

Siasatan itu dikatakan dibuat susulan laporan polis oleh timbalan ketua balai Klang Selatan pada malam perhimpunan itu pada 15 Februari 2015.

Nurul Ilham disiasat bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi notis 10 hari kepada polis sebelum acara itu.

Pertemuan dengan pegawai penyiasat dibuat di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Bagaimanapun, Nurul Ilham, 33, memilih berdiam diri dalam sesi yang hanya berlangsung 10 minit itu.

“Saya amat terkejut kerana perhimpunan aman yang dilakukan oleh kami sejurus selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan disoal siasat walaupun sudah hampir dua setengah tahun.

“Saya beranggapan ini satu tekanan yang dikenakan kepada kami, anggota keluarga DSAI (Anwar) yang terus komited dalam agenda membebaskan beliau,” katanya dalam sidang media kemudiannya.

Nurul Ilham mengambil bahagian dalam acara di Padang Chetty Klang itu lima hari selepas Anwar disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS