Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tenaganita: Bagaimana pula nasib lebih satu juta pekerja asing?
Diterbitkan:  May 18, 2017 6:54 PM
Dikemaskini: 10:59 AM

Kumpulan hak migran Tenaganita hari ini menggesa kerajaan agar dasar dan layanan sama diberikan kepada semua pekerja asing.

"Kita sokong tindakan Jabatan Imigresen. Walau bagaimanapun, kita mempunyai lebih satu juta pekerja tanpa izin di Malaysia," kata Pengarah Eksekutif Tenaganita Glorene Das kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas tindakan jabatan itu awal minggu ini yang mengeluarkan ribuan permit kerja sementara, pas pekerjaan dan pas lawatan profesional kepada warga China yang bekerja di Johor.

"Dasar pengambilan semula mesti dibuka kepada semua, bukan hanya kepada mereka yang bekerja di projek pembangunan besar (seperti City Forest)," katanya.

Glorene juga mahu kerajaan membangunkan dasar buruh asing yang lebih menyeluruh bagi menangani masalah pekerja asing.

Menurutnya, pengambilan semula semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah sebenar - eksploitasi berleluasa buruh asing di Malaysia.

"Kerajaan serius perlu memandang serius membangunkan dasar menyeluruh mengenai pengambilan dan penempatan pekerja asing.

"Jika tidak ada sebarang dasar, perekrut dan penyelud akan terus mengeksploitasi pekerja," kata Glorene.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS