Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Hadi selamat jalani pembedahan jantung
Diterbitkan:  May 16, 2017 4:56 PM
Dikemaskini: 10:09 AM

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini selamat menjalani pembedahan mengganti injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

IJN dalam satu kenyataan ringkas berkata pembedahan selama tiga jam itu diketuai oleh Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub dan kumpulannya.

“Ketika ini, Abdul Hadi ditempatkan Unit Rawatan Intensif (ICU) dan keadaannya akan dipantau untuk beberapa hari akan datang sebagai rutin dalam pembedahan bedah jantung.

“Doktor berpuas hati dengan pembedahan itu yang berjalan seperti yang dijangkakan. Setakat ini parameter penting beliau adalah stabil.

"Doktor telah menasihatkannya supaya tidak menerima pelawat kecuali ahli keluarga terdekat,” kata kenyataan itu.

IJN menyebut tempoh 48 jam akan datang adalah penting selepas pembedahan, dan berkata Abdul Hadi akan berada di bawah pemerhatian rapi sepasukan doktor dan jururawat.

Menurut IJN, pembedahan itu adalah mengikut jadual kerana Ahli Parlimen Marang berusi 69 tahun itu mempunyai "tanda-tanda injap jantung yang bocor".

"Keadaan ini menjejaskan aktiviti harian beliau," katanya.

Semalam, setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mengajak ahli dan penyokong parti itu supaya berdoa dan menunaikan solat hajat agar Abdul Hadi selamat menjalani rawatan intensif berkenaan.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS