Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Graduan perubatan kini terawang-awang, kata MP Kulai
Diterbitkan:  Apr 18, 2017 2:52 PM
Dikemaskini: 6:55 AM

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata kedudukan pelajar perubatan kini terawang-awang berikutan kegagalan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang masih belum mengumumkan keputusan penempatan mereka di hospital dan klinik awam.

Beliau berkata pengumuman sepatutnya dibuat semalam tetapi ditangguhkan secara tiba-tiba.

"Antara pelajar perubatan ini, ramai yang telah menunggu lebih setahun untuk penempatan di hospital kerajaan.

"Penantian tanpa sebarang petanda ia akan berakhir meletakan graduan perubatan dalam kedudukan terawang-awang dan melenggahkan mereka untuk berkhidmat di klinik atau hospital," katanya.

Graduan perubatan itu sedang menunggu keputusan temu duga yang akan menentukan sama ada mereka berpeluang menjadi doktor pelatih.

Tahun lalu, daripada 3,474 graduan perubatan yang ditemuramah, hanya 1,687 diberi penempatan di hospital kerajaan.

Jabatan Perkhidmatan Awam di laman webnya mengumumkan bahawa keputusan akan dibuat tetapi tidak memberikan tarikh baru.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS