Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS: Ahli 'liar' boleh dipecat
Diterbitkan:  Apr 16, 2017 12:40 PM
Dikemaskini: 4:46 AM

Satu lagi amaran kepada anggota PAS yang tidak selari dengan kepimpinan parti itu.

Hari ini, mereka diingatkan bahawa keanggotaan dalam PAS boleh gugur apabila ada aduan dibuat, dan siasatan mendapati individu terbabit melakukan kesalahan mengikut perlembagaan parti.

Pengerusi Lembaga Disiplin PAS, Dr Daeng Sanusi Mariok, berkata tindakan boleh diambil ke atas mana-mana anggota parti yang didapat bersalah.

Katanya, peruntukan itu ada termaktub dalam perlembagaan PAS.

Namun, kata bekas naib presiden PAS itu, tindakan berkenaan tidak akan diambil secara melulu.

“Kita tidak akan melakukan sebarang tindakan yang melulu, selagi tiada arahan…selagi tiada aduan atau laporan, selagi itulah tiada tindakan," katanya dilaporkan Sinar Harian selepas berlangsungnya Konvensyen PAS Johor di Semerah, Batu Pahat, Johor.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang juga Ketua Dewan Ulama Pusat PAS.

Ada beberapa anggota PAS dilihat selalu tidak sehaluan dengan pendirian kepimpinan parti itu, termasuk dinyatakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Seorang daripada mereka - dan paling ketara - ialah Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Bagaimanapun, kata Daeng Sanusi, tindakan ke atas anggota 'curang' berkenaan hanya boleh diambil jika ada aduan rasmi dibuat mengenainya.

Menurut beliau tindakan tegas perlu diambil bagi menjaga disiplin anggota parti.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS