Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki ditahan dipercayai buat kenyataan jelik terhadap TMJ
Diterbitkan:  Apr 14, 2017 7:59 PM
Dikemaskini: 12:04 PM

Polis menahan eorang lelaki yang dipercayai memuat naik kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor dan institusi Diraja Johor di laman sosial pada 4 April lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan pada pukul 9.30 pagi tadi di Seberang Perai Utara, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Penahanan itu susulan satu laporan yang dibuat terhadapnya di Johor Bahru, kata Wan Ahmad dalam satu kenyataan.

Beliau berkata polis percaya lelaki itu adalah individu yang bertanggungjawab memuat naik kenyataan jelik berkenaan dan berikutan itu, suspek direman lima hari sehingga 18 April ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS