Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis serah pemilik, pengurus Maxim kepada Imigresen
Diterbitkan:  Apr 5, 2017 4:08 PM
Dikemaskini: Aug 23, 2023 5:04 AM
  • Nota editor: Pada 1 Julai 2019, Albert Tei dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen Semenyih.


Pihak polis telah melengkapkan siasatan ke atas pemilik kilang Maxim Birdnest dan pengurus sumber manusia syarikat itu kerana didakwa menjalankan aktiviti pemerdagangan manusia.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat memberitahu Malaysiakini, kedua-dua suspek yang ditahan minggu lalu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut.

Beliau tidak menamakan pemilik kilang berkenaan tetapi Malaysiakini, dalam laporan khasnya sebelum ini, mengenal pastinya sebagai Albert Tei, 29.

"Kami (polis) telah lanjutkan perintah reman dan ia berakhir hari ini.

"Jabatan Imigresen akan mengambil mereka untuk disiasat," jelas beliau.

Mahkamah Majistret Klang pada 29 Mac yang lalu membenarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap Tei dan wanita berusia 29 tahun itu.

Dua kakitangan lain juga ditangkap semasa operasi serbuan pada 28 Mac itu di premis kilang yang terletak di Lorong Gudang Nenas 1, Klang dengan diserahkan kepada Jabatan Imigresen serta-merta dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Kedua-dua, Tei dan pengurus sumber manusia itu sedang disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran 2007.

Difahamkan, siasatan juga dijalankan di bawah Akta Imigresen 1963, Akta Pasport 1966 dan Akta Pekerjaan 1955.

Pasukan serbuan telah menyelamatkan 156 pekerja asing, majoritinya adalah warga Indonesia, manakala bakinya adalah dari Myanmar.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS