Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis tahan pemilik kilang sarang burung walit, 3 kakitangan lain
Diterbitkan:  Mar 28, 2017 6:39 PM
Dikemaskini: Aug 23, 2023 5:06 AM
  • Nota editor: Pada 1 Julai 2019, Albert Tei dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen Semenyih.


Polis hari ini menahan pemilik kilang sarang burung walit, Maxim Birdnest di Klang berhubung dakwaan penglibatan dalam aktiviti penyeludupan manusia.

DSP Hadzwan Zulkifli dari Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Bukit Aman yang mengetuai serbuan pelbagai agensi itu mengesahkan polis turut menahan tiga kakitangan warga Malaysia yang lain.

Hadzwan tidak menamakan pemilik kilang tetapi Malaysiakini dalam laporan khas minggu lalu mengenal pasti lelaki itu sebagai Datuk Albert Tei yang berusia 29 tahun.

"Beliau ditangkap di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, Akta Imigresen dan beberapa kesalahan lain," kata Hadzwan kepada Malaysiakini.

Beliau juga berkata terdapat sejumlah 155 pekerja di kilang itu, majoritinya adalah dari Indonesia manakala selebihnya adalah dari Myanmar.

Beliau berkata beberapa pekerja yang dipercayai adalah mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan manakala yang lain disiasat kerana melanggar syarat-syarat permit kerja mereka.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS