Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) mengakui menghadapi halangan dalam membangunkan semula Kampong Baru kerana ia hanya mendapat kebenaran 18 pemilik tanah daripada 1,530 lot.

Walaupun telah berusaha keras selama setahun, PKB perlu mengesan setiap waris pemilik tanah asal untuk mendapatkan persetujuan mereka.

Pengerusi PKB, Datuk Affendi Zahari berkata perbadanan itu terpaksa berhadapan dengan 5,000 pemilik tanah, termasuk beberapa pemilik yang tidak diketahui, sebelum mereka boleh mendapatkan geran untuk membangunkan semula 121.9 hektar tanah Kampung Baru.

"50 tahun lepas daftar (pemilikan tanah), kalau ada 4 orang anak, anak ni ada empat orang anak, berpuluh-puluh waris, itulah cabarannya," katanya.

Menurut Affendi, sehingga 2015, PKB telah merekodkan sebanyak 5,000 pemilik tanah.

Beliau berkata PKB menangani masalah itu dengan mengadakan klinik dua kali sebulan bersama-sama Pejabat Tanah dan Amanah Raya Berhad untuk menyelesaikan isu-isu hak milik.

Dalam pada itu, beliau berkata, mereka mula membangunkan semula Kampong Baru sedikit demi sedikit, menurut Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru, yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Januari 2015.

Dilaporkan juga bahawa Kampong Baru akan menjalani kerja pembangunan bernilai RM43 bilion dalam tempoh 20 tahun akan datang, dari 2015.

"Kampung Baru ni nak kata ada target 20 tahun nak buat, tak ada macam itu.

"Sebab tanah jadi penentu, kamu tak boleh dapatkan geran bersih, kamu tak boleh bangunkan," kata Affendi menjawab soalan jika perkara itu memberi kesan kepada tempoh sasaran ia dapat disiapkan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS