Pindaan yang dicadangkan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau Akta 355, hanya memberi tumpuan kepada meningkatkan hukuman tanpa menamakan secara khusus tentang kesalahan, tegas peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan.
"Kesalahan-kesalahan itu tidak dinamakan dalam pindaan ini. Dalam kata lain, kesalahan itu ditakrifkan oleh hukuman, bukan sebaliknya," katanya.
Tegas Ambiga, kita perlu sekarang meneliti semua perundangan negeri dan melihat apa yang mungkin termasuk dalam skop hukuman itu, dan kemudian boleh membuat kesimpulan tentang yang dilitupinya.
Beliau menegaskan demikian dalam debat tentang pindaan Akta 355 pindaan di Petaling Jaya malam tadi, yang telah dihadiri oleh lebih daripada 100 orang.
Dalam debat itu yang dianjurkan oleh kumpulan sekular BEBAS, Ambiga dan peguam yang juga aktivis Haris Ibrahim berhujah terhadap usul pindaan Akta 355 manakala peguam Lukman Sheriff Alias dan Aidil Khalid berhujah menyokongnya.
Lukman sebelum itu berkata pindaan tersebut bukan undang-undang substantif yang mewujudkan kesalahan, dan sebaliknya ia adalah budibicara setiap negeri, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, untuk menggubal undang-undang tersebut.
Katanya, fungsi (pindaan Akta 355 pindaan) hanyalah untuk meningkatkan had hukuman dan ia tidak
memperkenalkan sebarang kesalahan baru.
Menurutnya, ia lebih merupakan undang-undang prosedur, berbanding dengan undang-undang substantif. Undang-undang substantif, tegasnya, adalah enakmen negeri.
Setiap undang-undang substantif, kata Lukman lagi, tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya, kerana ia mesti melalui badan perundangan negeri.
Menjawabnya, Ambiga menegaskan tentang perlunya kejelasan berhubung pindaan itu, terutama kerana cadangan baru terhadap had hukuman itu jauh lebih tinggi daripada had sekarang - 10 hingga 30 kali lebih tinggi.
Pada masa ini, hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah adalah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan. Pindaan yang dicadangkan itu bertujuan untuk meningkatkannya kepada penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.
Mesti ada justifikasi untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat, tegas Ambiga, dengan memetik contoh pengenalan hukuman mati bagi kesalahan dadah dan bagaimana berat hukuman itu perlu dijustifikasikan di Parlimen sebelum ia diluluskan.
"Tiada sebab-sebab lain diberikan mengapa anda perlu meningkatkan hukuman itu ke tahap ia hendak ditambah. Jika anda hendak meningkatkan hukuman seberapa banyak yang anda mahu, maka anda perlu memberitahu Parlimen apa sebabnya.
"Setakat ini, satu-satunya sebab yang diberikan adalah anda mahu memperkasakan Mahkamah
Syariah. Kita semua untuk itu. Soalan saya adalah, bagaimana ini mencapainya? Hujah saya ialah bahawa ianya tidak," katanya.
Ambiga juga berhujah bahawa pindaan Akta 355 adalah tidak mengikut perlembagaan kerana ia
membawa beberapa kesalahan hudud ke dalam peruntukannya, walaupun beliau bersetuju bahawa ia tidak termasuk kesalahan di mana hukumannya adalah direjam atau mati.
"Pada pandangan saya, hudud dirangkumi oleh pindaan ini. Ia tidak dirangkumi sebelum ini, tapi ianya sekarang," katanya.
Menjawab perkara itu, Lukman menegaskan bahawa "kesalahan jenis hudud" telah wujud sejak beberapa dekad di Malaysia, malah lebih awal dari kemerdekaan, dan telah digunapakai ke atas orang Islam di sini sejak sekian lamanya.
Katanya, untuk berhujah bahawa ini adalah mengenai hudud, adalah tidak betul kerana (suatu bentuk) hudud telah wujud selama bertahun-tahun (di Malaysia).
Perbezaannya sekarang ialah hukuman itu sedang ditingkatkan, tetapi ini bukanlah sesuatu yang baru, kerana ia telah dilakukan sebelum ini, katanya merujuk kepada pindaan kepada Akta 355 pada tahun 1984.
Lukman berkata ianya dilihat adil untuk berhujah tentang had hukuman, tetapi ia adalah salah untuk mengatakan hudud sedang diperkenalkan melalui pindaan itu.
Ambiga berkata, ia akan meredakan kebimbangan semua orang jika ini dinyatakan secara khusus dalam
pindaan yang dicadangkan itu.
"Cara terbaik untuk melindungi semua orang ialah dengan menyatakannya dalam undang-undang itu. Jika anda mengatakan ia bukan hudud, maka masukkannya ke dalam undang-undang itu," katanya.
Parts of civil laws based on Christian morality, argues lawyer